Monday 12 December 2011

To WhoM iT MaY ConCerNeD...

Saya tatau ape yg awk tgh fikirkan
Saya tatau ape jugak yg serabutkan kepale awk
Dan sy jugak tatau ape yg buat
Hati awk gundah gulana adanya
Tp sy jugak lg tatau
Nape air mata sy menitis
Bila sy rasa sgt2 rindukan awk..
Nape rindu utk awk tu ada dlm hati sy pun
Sy tatau jugak..


Tp mohon jgn pernah risau
Tentang ape yg ada dlm hati sy
Sbb sy slalu faham tentang hakikat
Siapa sy dan siapa awk..
Jgn penah rasa terikat
Jgn penah rasa terbeban
Apetah lg rasa meluat
Sbb apa yg sy rasa
Adlh disebabkan oleh sy sndr
Bkn sbb awk...atau siapa2
Dan sy bertanggungjwb sepenuhnya
Atas segala yg sy rasa..

Sy harap awk tau
Pd sy..
Yang paling penting adalah
Kebahagiaan org2 yg sy syg..
Dan itu termasuklah awk jugak..
Sy akan bahagia
Seandainya awk bahagia..
Andai awk merana
Merana jugakla sy bersama

Sy harap awk faham
Apapun yg sy bakal buat lps ni..
Adalah sbb sy sygkan awk...
Teruslah hidup dgn gembira
Sbb hidup ni xkan lama..
Jgn terlalu membebani diri
Dgn perkara2 yg melukakan hati..

Take a good care of urself...
May God bless u...

Thursday 22 September 2011

U

Masih teringat lagi
Satu tragedi yang pernah terjadi
Ia buat aku rasa marah
Tapi lucu dalam satu masa
Kerana waktu itu
Aku masih belum memahami
Akan erti perjuangan mereka
Akan segala ideologi mereka.
         
          Namun terima kasih
          Kerana masih ada yang sudi
          Hantar pesanan peribadi
          Semata-mata untuk terangkan
          Betapa mereka sanggup mati
          Demi pertahankan maruah
          Dan jatidiri negara sendiri.

Hari ini
Kesan dari yang terjadi hari itu
“Mereka” itu kini sudah jadi “Kami”
Dan semua yang ada di sini
Terasa seperti saudara sendiri
Tak mampu aku kisahkan
Segala rasa yang menghambat hati
Saat berkomplot bersama-sama
Berkongsi berbagai-bagai cerita
Dan tak lupa juga
Saat beramai-ramaian di curva.

Semakin banyak yang aku fahami
Semakin aku jatuh kasih
Dengan seni
Budaya menyokong sepenuh hati
Beri hanya yang terbaik
Dalam 90 minit masa diberi
Seluruh tenaga ditumpahkan
Seluruh fokus dipusatkan
Jatuh pemain, tangkas semangat kami naikkan
Walau pulang dengan kekecewaan
Setia kami beri sokongan
Andai pulang membawa kemenangan
Gempita kami laung sorakan.

Harapanku kini
Akan ada lebih ramai yang bakal menyertai
Walau di sebalik rasa bangga
Ada juga terselit kisah duka
Namun moga-moga
Takkan ada yang berputus asa
Sama-sama kita ramaikan
Sama-sama kita gegarkan
Tingkatkan rasa bangga
Kurangkan cerita duka
Biar budaya ini
Akan terus berkembang
Biar terus gemilang
Di puncak kejayaan!

Wednesday 10 August 2011

Rindu Buat Kamu

Kamu nak tau sesuatu?
Sesuatu yang sedang dalam hati saya
Sesuatu yang sedang berbunga-bunga
Dan ianya adalah buat kamu.

Kamu nak tau sesuatu?
Sesuatu yang sedang saya rasa
Sesuatu yang mungkin sangat manis
Dan ianya adalah buat kamu.

Kamu nak tau sesuatu?
Sesuatu yang sedang mencengkam jiwa
Sesuatu yang buat saya senyum selalu
Dan ianya adalah buat kamu.

Kamu nak tau sesuatu?
Sesuatu yang buat saya hilang dalam khayalan
Sesuatu yang saya simpan rapi-rapi
Dan ianya adalah buat kamu.

Saya ingin sekali kamu tau
Yang saya amat-amat merindukan kamu
Merindukan kehadiran kamu di sisi saya
Supaya saya dapat
Luahkan kerinduan itu
Ada kala ia sangat menyeksa
Dan sangat-sangat menekan jiwa
Tapi sayang sekali
Saya sudah terjebak dengan keindahannya
Dan sayang sekali
Kamu jauh nun di sana
Lalu saya pesan pada angin
Bisikkan rindu saya padamu 
Moga saja kamu juga
Merasai sebegitu…

Monday 8 August 2011

Buat Kamu Yang Hadir Cuma Untuk Seketika...

Entah kenapa…
Tiba-tiba saya terasa
Kenangan dengan kamu
Hadir semula satu persatu.
Tawa riang kamu
Lawak jenaka kamu
Juga tingkah nakal kamu
Buat saya rasa
Ingin tersenyum walau sendirian.
Esak tangis kamu
Kisah sedih kamu
Juga rajuk manja kamu
Buat jiwa saya juga terasa kesebakkannya..
            Ada ketikanya
            Rasa rindu itu datang menyapa
            Dan ia buat saya
            Terasa ingin kembali
            Terbang ke masa silam kita.
            Tapi bila membayangkan
            Rasa sakit yang menyesak dada
            Tak sanggup pula sudahnya…
Wahai insan yang hadir cuma untuk seketika..
Saya ingin kamu percaya
Kasih kamu itu sungguh besar maknanya
Buat saya yang sering sendiri
Buat saya yang sering diketepi…
            Wahai insan yang hadir cuma seketika…
            Saya ingin kamu ketahui
            Bahawasanya saya akan bahagia
            Andai kamu juga bahagia
            Kerana bagi saya
            Kebahagiaan orang-orang yang saya sayangi
            Lebih bererti dari segala-galanya.
Wahai insan yang hadir cuma untuk seketika..
Saya ingin kamu fahami
Walaupun dengan mengasihi kamu
Telah buat hati saya terluka
Namun saya masih mahu
Berterima kasih kepada kamu
Atas kasih dan sayang
Yang kamu sudi berikan itu
Ia buat saya
Menjadi insan yang lebih tahu menghargai
Hati-hati lain yang juga sudi mengasihi
Diri saya yang tak seberapa ini…

            Wahai insan yang hadir cuma untuk seketika
            Saya ingin kamu mengerti
            Andai satu saat nanti
            Kamu terasa begitu sendiri
            Dan tak ada seorangpun yang sudi menemani
            Ketahuilah oleh kamu
            Di satu sudut kecil
            Dalam dunia yang begitu besar ini
            Ada seseorang
            Yang akan sentiasa
            Mengenang kamu dalam doanya
            Merindu kamu dalam kesunyiannya…

Thursday 14 July 2011

BeRiKaN aKu...

Berikan aku cinta
Agar aku bisa gembira
Berikan aku syurga
Agar dapat kunikmati bahagia
Berikan aku seribu doa
Agar kutahu erti kesyukuran
Berikan aku kegembiraan
Agar dapat kusembuh segala derita
Berikan aku kata-kata azimat
Biarku buang segala sengsara dan dendam kesumat
Berikan aku semangat
Untuk aku terus berjaya
Ajarkan aku dengan penuh kelembutan
Agar aku hormat-menghormati
Bimbinglah aku dengan penuh kasih sayang
Agar aku bisa mengasihi
Berikan aku perhatian
Untuk kubina semula keyakinan!

Thursday 30 June 2011

~!KoSoNg!~

Ia bagai dalam satu bongkah kosong
Yang hanya dikelilingi petak empat segi
Pudar tak menarik hati
Bila cuba bersuara
Yang kedengaran hanya
Gema suara sendiri.
Tiada apa untuk dipandang
Tiada apa untuk dikenang
Jalan keluar yang nampak terlalu mudah
Sebenarnya penuh ranjau dan onak berduri.
Di situ ada terlalu banyak teka teki
Dan silang kata kejam
Yang perlu dirungkaikan
Demi mencari jalan kembali.
Pencarian yang tak ada titik temunya
Penantian yang tak ada titik tibanya
Tak pasti diri sebenarnya bahagia
Atau hanya tangis dan derita
Kadang terngiang riang tawa
Namun tak terbayang pula kelibatnya
Serasa takdir memain perasaan
Mengundang tangis di tabir kerinduan.
Rasa hati ingin menjerit
Tapi tak pasti kan terlontarkah
Perasaan seperti berkata
Pergi jauh dari sini
Sedarlah yang kau tak diperlukan lagi.
Berperang dan berperang
Namun tak pasti yang kalah itu
Sang lawan atau hanya diri sendiri.
Mungkinkah...
Titik noktah itu bakal kan dijumpai
Agar berakhir kekosongan ini
Soalan yang mungkin takkan ada jawapan
Selagi putaran roda kehidupan
Tak henti berkayuh lagi....

Monday 27 June 2011

iF I KnEw...

If I knew that it be the last time
That I’d see you fall asleep
I would tuck you in more tightly
And pray the Lord, your soul to keep.

If I knew it be the last time
I’d hear your voice lifted up in praise
I would video tape each action and word
So I could play them back day after day

If I knew it be the last time
I could spare an extra minute
To stop and say ‘I love you’
Instead of assuming you would know that I do.

If I knew that it be the last time
I would be there to share your day
Well I’m sure you’ll have many more
So I can let just this one to slip away.

For surely there’s always tomorrow
To make up for an oversight
We always get the second chance
To make everything just right

There will always be the another day
To say ‘I lobed you’ and certainly there’s
And there’s always another day to say
‘Anything I can do?’

But just in case I might be wrong
And today is all I get
I’d like to say how much I love you
And I hope we never forget.

Tomorrow is not promised to anyone
Young or old alike
And today maybe not the last time
You’ll get the chance to hold your loved one tight

That you didn’t take that extra time
For a smile, a hug, or a kiss
And you were too busy to grant someone
What turn out to be their one last wish?
So hold your loved one closed today
And whisper in their ear
Tell them how much you love them
And that you’ll always love them dear

Take time to say ‘I’m sorry’
‘Please forgive me’ or ‘It’s okay’
So if tomorrow never comes
You’ll have no regrets about today.

Tuesday 14 June 2011

PaKu Di DiNDiNg HaTiMu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku

menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau
boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun
lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada
kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
 
 
 
 

Monday 13 June 2011

TeMaNi aKu...




Masih ada sisa kegelapan
Dalam remang cahaya bulan
Pada malam yang tanpa bintang
Sunyi tak berteman
Kelam rasa hati ini
Dalam lautan rindu yang tak bertepi
Mencari sisa kasih sayang
Dulu pergi tinggalkan hati
Yang kian sepi kosong sendiri
Ingin saja kaki berlari
Lepaskan segala yang ada di sini
Namun diri tak pernah pasti
Manakah arah tuju yang dicari
Wahai pelangi
Jelmalah engkau hadirkan diri
Datang ke sisiku bawa ceriamu
Wahai matahari
Kemarilah engkau datang ke sini
Bawa cahayamu terangi daku
Kuperlu kamu
Untuk hangatkan hari suramku
Mengisi saat kosong jiwaku…

Friday 10 June 2011

BUATMU WIRA-WIRA KAMI!

Wahai jiwa-jiwa merdeka..
Suatu ketika
Kau pernah dijulang
Dan ibarat putaran roda
Ada detiknya kau kecundang
Namun jangan pernah biar
Semangat yang lemah
Jadi penghalang kau bangkit berjuang.
Wahai harapan bangsa..
Andai seketika kakimu patah
Jangan sesekali kau mengaku kalah
Bangunlah dan terus melangkah
Biar lukamu parah
Takkan mungkin kau kan berpaling tadah.
Wahai wira-wira negara...
Palitkanlah haruman kemenangan
Walau kau dilemparkan segala ejekan
Balaslah segala kepahitan
Dengan manisnya memberi senyuman
Hadiahkanlah piala kejayaan
Buat yang tak jemu memberi sokongan
Biar menitis darah dan keringat
Usah gentar terus perjuangkan
Kami akan sentiasa bersamamu
Dalam setiap jatuh dan bangunmu
Dalam setiap kalah dan menangmu
Dalam setiap pahit dan manismu
Dalam setiap tawa dan tangismu..




NiLai KeHiDuPaN...



Apalah nilai sebuah kebahagiaan
Andai tidak diselangi kedukaan
Betapa kita tidak pernah menghargainya
Bila duka itu tidak ada
Untuk mengingatkan kita
Akan kewujudannya..
Apalah makna sebuah kejayaan
Andai tidak disertai kegagalan
Walau matlamat sudah di depan mata
Tanpa usaha
Gagal juga penyudahnya
Namun jangan pernah kita lupa
Dengan gagal itu jugalah
Kita bakal bangkit semula
Demi mencari jaya..
Apalah erti sebuah kekayaan
Tanpa jerih membuang kemiskinan
Berjuang sekuat daya
Membanting tulang pemberianNya
Asal tidak miskin semula..
Apalah maksud sebuah kelapangan
Jika tak mampu lari dari kesibukan
Alpa mengejar dunia
Yang tak pernah berhenti melekakan manusia
Dengan segala hiruk pikuknya..
Apalah enaknya sebuah kehidupan
Andai hanya keseorangan
Tanpa teman
Buat pedoman penyuluh jalan
Tanpa pegangan
Buat tongkat saat ketempangan
Tanpa dahan
Buat teduhan kala kesesatan…
Tuhan…
Aku pohon
Teruslah di sisiku
Teruslah temani aku
Teruslah bimbing jalanku
Sesungguhnya aku
HambaMu yang sangat-sangat dambakan pertolonganMu
Yang sangat-sangat perlukan kasih sayangMu…

mAaFKaN SaYa....

Saya mohon maaf
Andai melukai hati kamu lagi
Saya sendiri pelik
Dan tak tahu kenapa ini terjadi..
Saya mohon maaf
Kerana satu masa dulu
Saya pernah cedera teruk
Namun luka itu
Takkan dapat kamu lihat
Dengan mata kasar milik kamu..
Saya mohon maaf
Saya rasa sangat kesal
Kerana kamu
Salah satu punca kelukaan
Yang ada di hati saya
Lantaran itu saya belajar
Saya latih minda saya
Untuk jadi lebih keras
Dengan harapan
Kamu takkan dapat buat saya terluka lagi.
Saya mohon maaf
Kerana tak mahu menangis lagi
Saya dah puas menangis
Dan saya rasa teramat letih
Jadi lemah seperti ini..
Saya mohon maaf
Sebab saya bukan seperti yang kamu mahu
Sebab tak dapat bahagiakan kamu
Sebab tak dapat beri keseronokan di hati kamu.
Saya mohon maaf
Sebab ada hati yang keras
Sebab lebih fikirkan diri sendiri
Saya takut
Saya jadi penangis seperti dulu
Jadi lemah seperti dulu
Saya tak mahu, saya betul-betul tak mahu
Saya rasa saya dibuli
Saya harap kamu mengerti
Kenapa saya jadi macam ni..
Kenapa saya bukan saya yang dulu lagi..
Saya mohon maaf
Saya janji
Saya akan cuba baiki diri
Cuma saya harap
Lepas ni..
Saya takkan terluka lagi…



Thursday 9 June 2011

Jangan Pernah...

Jangan pernah kecewa
Saat akhir kau tatap wajahku
Kerana saat itu
kekecewaanku lebih dalam darimu

Jangan pernah terharu
Saat kau usap airmataku
Kerana saat itu
Jiwaku lebih lagi membiru

Jangan pernah menyesal
Atas tiap kesalahanmu
Kerana padaku
Aku juga bersalah padamu

Jangan pernah terasa
Andai aku menyakitimu
Kerana jika begitu
Aku takkan bahagia

Jangan pernah menangis
Lantaran ketiadaanku
Kerana di sekelilingmu
Masih ramai sudi membantu

Jangan pernah bersedih
Saat aku meninggalkanmu
Kerana memang takdirNya
Sudah begitu janjiku...


one of my fav...

SeMPeNa HaRi BaPa iNi....

Merenungku jauh
Termenungku keluh
Entah apakah khabar abah
Lama telah aku lupa
Ajar bibirku ucapan itu
Marah sangatkah diriku
Lantaran tindakan abah dulu?
Aku dendam pada abah
Aku marah pada abah
Abah buat aku hilang
Keseronokan zaman kanak-kanakku
Kemanisan zaman remajaku.
Tapi itu cuma apa yang aku fikir
Apa yang abah rasa
Aku tak pernah tahu.
Dan kini aku telah dewasa
Aku mula mengerti
Aku mula memahami
Bukan semua yang kita fikir baik untuk kita
Adalah baik bagi Allah juga
Dan bukan semua yang kita anggap buruk bagi kita
Adalah buruk pada Allah juga.
Aku sedar kini
Kerana abahlah…
Aku belajar tabahkan hati
Dan kerana abah jugalah
Aku berani berdiri di atas kakiku sendiri
Segala yang telah terjadi
Mungkin telah tertulis
Sejak dari azali.
Hari Bapa ini...
Ingin kukucup tangan abah
Ingin kupeluk tubuh abah
Ingin kurasai kasih abah
Ingin ku pohon kemaafan abah.
Abah…
Anakmu ini mohon maaf
Kerana pernah suatu waktu
Aku tak pernah cuba mengerti
Juga tak pernah ingin memahami…