Thursday 9 June 2011

Jangan Pernah...

Jangan pernah kecewa
Saat akhir kau tatap wajahku
Kerana saat itu
kekecewaanku lebih dalam darimu

Jangan pernah terharu
Saat kau usap airmataku
Kerana saat itu
Jiwaku lebih lagi membiru

Jangan pernah menyesal
Atas tiap kesalahanmu
Kerana padaku
Aku juga bersalah padamu

Jangan pernah terasa
Andai aku menyakitimu
Kerana jika begitu
Aku takkan bahagia

Jangan pernah menangis
Lantaran ketiadaanku
Kerana di sekelilingmu
Masih ramai sudi membantu

Jangan pernah bersedih
Saat aku meninggalkanmu
Kerana memang takdirNya
Sudah begitu janjiku...


one of my fav...

No comments:

Post a Comment