Thursday 22 September 2011

U

Masih teringat lagi
Satu tragedi yang pernah terjadi
Ia buat aku rasa marah
Tapi lucu dalam satu masa
Kerana waktu itu
Aku masih belum memahami
Akan erti perjuangan mereka
Akan segala ideologi mereka.
         
          Namun terima kasih
          Kerana masih ada yang sudi
          Hantar pesanan peribadi
          Semata-mata untuk terangkan
          Betapa mereka sanggup mati
          Demi pertahankan maruah
          Dan jatidiri negara sendiri.

Hari ini
Kesan dari yang terjadi hari itu
“Mereka” itu kini sudah jadi “Kami”
Dan semua yang ada di sini
Terasa seperti saudara sendiri
Tak mampu aku kisahkan
Segala rasa yang menghambat hati
Saat berkomplot bersama-sama
Berkongsi berbagai-bagai cerita
Dan tak lupa juga
Saat beramai-ramaian di curva.

Semakin banyak yang aku fahami
Semakin aku jatuh kasih
Dengan seni
Budaya menyokong sepenuh hati
Beri hanya yang terbaik
Dalam 90 minit masa diberi
Seluruh tenaga ditumpahkan
Seluruh fokus dipusatkan
Jatuh pemain, tangkas semangat kami naikkan
Walau pulang dengan kekecewaan
Setia kami beri sokongan
Andai pulang membawa kemenangan
Gempita kami laung sorakan.

Harapanku kini
Akan ada lebih ramai yang bakal menyertai
Walau di sebalik rasa bangga
Ada juga terselit kisah duka
Namun moga-moga
Takkan ada yang berputus asa
Sama-sama kita ramaikan
Sama-sama kita gegarkan
Tingkatkan rasa bangga
Kurangkan cerita duka
Biar budaya ini
Akan terus berkembang
Biar terus gemilang
Di puncak kejayaan!