Thursday 28 March 2013

Rasakan kau nanti!


Kala rindu itu hadir
Ada sepi datang menghampir
Ada sunyi menyingkap tabir
Entah rasa kasih
Atau entah rasa benci
Yang mengetuk ruang hati
Ada ketika ingin tersenyum
Namun tangis pula yang tiba
Cinta hatiku..
Manakah arah dirimu?
Tiba-tiba berlalu pergi
Hilang jauh membawa diri
Hanya aku yang saban hari
Mengingatimu tanpa henti
Memikirkanmu tanpa jemu
Namun kau seakan-akan
Menghibernasi dirimu sendiri.
Salahkah aku
Kerana ada sayang untuk dirimu?
Kerana tak pernah berhenti mengasihimu?
Sungguh aku tak fahami
Kiranya kau sanggup lukakan perasaanku
Rangkai nyawaku…
Andai satu saat nanti
Andai ada yang lukakan hatimu
Moga engkau mengerti
Itu karma yang kau cipta sendiri.
Maka teduhan jiwaku..
Jika kau masih mampu berdiri
Tanpa luka di hati
Nikmatilah detik-detik itu
Dan bila nanti
Kau juga menangis sendiri
Kenangkanlah..
Bahawa itu jugalah yang aku alami setiap hari
Saat ini…

No comments:

Post a Comment