Thursday 28 March 2013

Monolog Penderita Cinta

Andai waktu..
Bisa kuundur ke masa lalu
Pasti aku tak serindu ini
Pasti hatiku tak seluluh ini
Pasti airmataku takkan mengalir sederas ini.
Namun itu hanya
Harapan kosong penderita cinta.
Kau harap agar aku memahami
Bersamamu dalam apa jua saatnya
Mengiringimu dalam apa jua situasinya
Namun apa yang berlaku
Kau semakin menjauh dariku
Kau buat diriku
Bagai tak pernah wujud untukmu.
Puas aku cari..
Mana letak kesalahan diri
Sering aku persoalkan
Dimanakah kekurangan
Apa pula jalan penyelesaian.
Segala cara, segala daya
Aku tumpahkan dengan harapan
Yang renggang dapat didekatkan.
Namun apalah gunanya
Andai aku sahaja yang berusaha
Sedang kau pandang sepi segala.
Harapanku...
Cinta ini takkan berubah jadi benci
Kerana kasih dan cintaku padamu
Bukan dusta semata.
Demi kasih ini
Kurelakan andai kau ingin pergi
Mencari apa yang ingin kau cari
Kutahu akan luka hatiku
Kusedar akan sengsara jiwaku
Namun asal saja kau temui bahagiamu
Itu sudah memadai bagiku.
Moga satu saat nanti
Ada sinar untuk kita...dimana-mana
Moga terubat segala lukaku
Moga terpadam segala kesengsaraanku
Moga akan ada...
Cahaya kebahagiaan yang menantiku...

No comments:

Post a Comment